Tarikh : 20 Mac 2013
Hari : Rabu
Masa : 8.00 pagi – 12.30 tengah hari
Tempat : Sekolah Kebangsaan Seksyen 17,
Shah Alam
Pertandingan
Bercerita Bahasa Melayu Sekolah Rendah Zon MBSA 1 bagi tahap satu dan tahap dua
telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Seksyen 17, Shah Alam. Untuk peserta tahap
satu pertandingan ini diadakan di Makmal Komputer, Sekolah Kebangsaan Seksyen
17, Shah Alam , manakala bagi peserta tahap dua pula pertandingan ini diadakan
di Dewan Sekolah Kebangsaan Seksyen 17, Shah Alam.
Sebanyak
sebelas buah sekolah menghantar wakil
untuk pertandingan bercerita tahap satu
manakala untuk pertandingan bercerita tahap dua pula, sebanyak dua belas
buah sekolah telah menyertainya. Berikut merupakan senarai nama peserta tahap
satu yang menyertai pertandingan :
 |
Senarai Nama Peserta Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Sekolah Rendah Tahap 2 |
Seramai sepuluh orang peserta perempuan dan dua
orang peserta lelaki yang menyertai pertandingan bercerita tahap dua. Senarai
nama peserta adalah seperti berikut :
 |
Senarai Nama Peserta Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Sekolah Rendah Tahap 2 |
Semua peserta yang bertanding telah diadili oleh
para hakim yang telah dilantik. Para hakim telah diberi taklimat tentang
cara-cara penghakiman sebelum pertandingan dijalankan. Taklimat hakim telah
disampaikan oleh Puan Salmah bt Samion
dari SK Shah Alam selaku Juruteknik Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu
Sekolah Rendah Pejabat Pelajaran Petaling Perdana. Hakim yang terlibat pada
hari pertandingan ialah :
 |
Senarai Nama Para Hakim |
Pertandingan bercerita terbahagi kepada dua bahagian ini iaitu
Bahagian 1, bercerita secara hafalan yang mengambil masa antara 6- 8 minit.
Bahagian 2 pula peserta perlu bercerita secara spontan selama 3 minit
berdasarkan bahan grafik/gambar yang disediakan. Setiap bahagian bercerita
dapat dijalankan dengan lancar. Berikut merupakan senarai pemenang bagi setiap
tahap :
 |
Pemenang Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu
Sekolah Rendah Tahap 1
|
 |
Pemenang Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu
Sekolah Rendah Tahap 2
|
SUASANA DI HARI PERTANDINGAN
 |
Kaunter Pendaftaran di luar Dewan |
 |
Pertandingan Bercerita Tahap 1 diadakan di Makmal Komputer B
|
 |
Pertandingan Bercerita Tahap 2 diadakan di Dewan Sekolah |
 |
Barisan Hakim Pertandingan BerceritaTahap 1 |
 |
Barisan Hakim Pertandingan BerceritaTahap 2 |
 |
Antara Gelagat Peserta Pertandingan Bercerita Tahap 2 |
 |
Antara Gelagat Peserta Pertandingan Bercerita Tahap 1 |
 |
Sesi Cabutan Gambar/Bahan Grafik Untuk Bahagian Kedua Pertandingan Bercerita |
 |
Antara Gelagat Peserta Pertandingan Bercerita Tahap 1 |
 |
Antara Gelagat Peserta Pertandingan Bercerita Tahap 2 |
 |
Penyampaian Sijil Kepada Para Hakim |
 |
Penyampaian Sijil dan Hadiah Kepada Para Pemenang |
 |
Penyampaian Sijil dan Hadiah Kepada Para Pemenang |
 |
Para Pemenang Pertandingan Bercerita Tahap 1 dan 2 Bergambar Bersama
|
 |
SK Seksyen 17 Shah Alam Johan Pertandingan Bercerita Tahap 1 dan Naib JohanTahap 2 Bergambar Kenangan Bersama Guru Pembimbing. TAHNIAH!!!!!! |
3 comments:
tahniah dengan contoh laporan yang lengkap ini, banyak membantu saya dalam menyediakan laporan yang sama.terima kasih ya.
tahniah dengan contoh laporan yang lengkap ini, banyak membantu saya dalam menyediakan laporan yang sama.terima kasih ya.
Harrah's Philadelphia - Mapyro
Find 창원 출장샵 Harrah's Philadelphia, Pennsylvania, 충청북도 출장샵 United States, maps, 시흥 출장마사지 reviews, ratings, opening 사천 출장안마 hours 당진 출장마사지 and a parking map of Harrah's Philadelphia, Pennsylvania.
Post a Comment