Tuesday, 16 April 2013

PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH ZON MBSA 1 PETALING PERDANA

Tarikh               : 20 Mac 2013
Hari                  : Rabu
Masa                : 8.00 pagi – 12.30 tengah hari
Tempat             : Sekolah Kebangsaan Seksyen 17, Shah Alam


            Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Sekolah Rendah Zon MBSA 1 bagi tahap satu dan tahap dua telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Seksyen 17, Shah Alam. Untuk peserta tahap satu pertandingan ini diadakan di Makmal Komputer, Sekolah Kebangsaan Seksyen 17, Shah Alam , manakala bagi peserta tahap dua pula pertandingan ini diadakan di Dewan Sekolah Kebangsaan Seksyen 17, Shah Alam.

            Sebanyak sebelas buah sekolah  menghantar wakil untuk pertandingan bercerita tahap satu  manakala untuk pertandingan bercerita tahap dua pula, sebanyak dua belas buah sekolah telah menyertainya. Berikut merupakan senarai nama peserta tahap satu yang menyertai pertandingan :

Senarai Nama Peserta Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Sekolah Rendah Tahap 2

Seramai sepuluh orang peserta perempuan dan dua orang peserta lelaki yang menyertai pertandingan bercerita tahap dua. Senarai nama peserta adalah seperti berikut :

Senarai Nama Peserta Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Sekolah Rendah Tahap 2

Semua peserta yang bertanding telah diadili oleh para hakim yang telah dilantik. Para hakim telah diberi taklimat tentang cara-cara penghakiman sebelum pertandingan dijalankan. Taklimat hakim telah disampaikan oleh Puan Salmah bt  Samion dari SK Shah Alam selaku Juruteknik Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Sekolah Rendah Pejabat Pelajaran Petaling Perdana. Hakim yang terlibat pada hari pertandingan ialah :

Senarai Nama Para Hakim

 Pertandingan bercerita  terbahagi kepada dua bahagian ini iaitu Bahagian 1, bercerita secara hafalan yang mengambil masa antara 6- 8 minit. Bahagian 2 pula peserta perlu bercerita secara spontan selama 3 minit berdasarkan bahan grafik/gambar yang disediakan. Setiap bahagian bercerita dapat dijalankan dengan lancar. Berikut merupakan senarai pemenang bagi setiap tahap :

                        Pemenang Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Sekolah Rendah Tahap 1

                       Pemenang Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Sekolah Rendah Tahap 2

                                SUASANA DI HARI PERTANDINGAN


Kaunter Pendaftaran di luar Dewan

 Pertandingan Bercerita Tahap 1 diadakan di Makmal Komputer B


Pertandingan Bercerita Tahap 2 diadakan di Dewan Sekolah

Barisan Hakim Pertandingan BerceritaTahap 1

Barisan Hakim Pertandingan BerceritaTahap 2 
Antara Gelagat Peserta Pertandingan Bercerita Tahap 2

Antara Gelagat Peserta Pertandingan Bercerita Tahap 1

Sesi Cabutan  Gambar/Bahan Grafik Untuk Bahagian Kedua Pertandingan Bercerita

Antara Gelagat Peserta Pertandingan Bercerita Tahap 1

Antara Gelagat Peserta Pertandingan Bercerita Tahap 2

Penyampaian Sijil Kepada Para Hakim

Penyampaian Sijil dan Hadiah Kepada Para Pemenang

Penyampaian Sijil dan Hadiah Kepada Para Pemenang


Para Pemenang Pertandingan Bercerita Tahap 1 dan 2 Bergambar Bersama

SK Seksyen 17 Shah Alam Johan Pertandingan Bercerita Tahap 1 dan Naib JohanTahap 2 Bergambar Kenangan Bersama Guru Pembimbing. TAHNIAH!!!!!!



















2 comments:

Cik Matahariku said...

tahniah dengan contoh laporan yang lengkap ini, banyak membantu saya dalam menyediakan laporan yang sama.terima kasih ya.

Cik Matahariku said...

tahniah dengan contoh laporan yang lengkap ini, banyak membantu saya dalam menyediakan laporan yang sama.terima kasih ya.